Fiesta Masakan Warisan Negeri Sembilan

Malaysia merupakan negara yang penuh dengan budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum. Pelbagai makanan dan juga ribuan jenis masakan yang mudah didapati di Malaysia. Salah satu daripada masakan negara dan juga masakan yang telah yang begitu popular di Negeri Sembilan dan masyarakat nya, salah satu daripadanya adalah ’Masak Lemak Cili Api’.

Masak Lemak Cili Api adalah masakan warisan Negeri Sembilan dimana, bahan-bahan nya yang begitu unik dan tradisi dari zaman nenek moyang mereka lagi. Bahan-bahan nya seperti cili api, santan dan lain-lain membuat masakan ini menjadi kegemaran masyarakat Negeri Sembilan amnya.

Oleh yang demikian, untuk memartabatkan masakan ini dimata seluruh rakyat Malaysia, Airman Event dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson akan menganjurkan ’Fiesta Masakan Warisan Negeri Sembilan’. Fiesta ini akan dirasmikan oleh isteri kepada Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Binti Tengku Nujumudin, pada 09hb. Mei 2010, pukul 4.00 petang.

Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung fiesta selama 2 hari program ini dijalankan adalah seperti:

  1. Pertandingan Masak Lemak Cili Api.
  2. Pertandingan Port Dickson Idol
  3. Pertandingan Pakaian Tradisional 1Malaysia
  4. Pertandingan Kuih Tradisional
  5. Demo masakan daripada Chef Selebriti
  6. Persembahan Artis tanahair dan tarian kebudayaan
  7. Pertandingan IQ kanak-kanak.
  8. Gerai masakan warisan, gerai promosi penaja dan gerai-gerai jualan & pameran.
  9. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Penampilan seorang Chef Selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia masakan iaitu Chef Haji Yang Jamil sebagai pengacara program akan memberi impak yang lebih berkesan dan meriah.

Kami mengalu-alukan dari pihak-pihak seperti Persatuan Artis Tanahair, Persatuan Peniaga-peniaga, Pertubuhan-pertubuhan, Hotel-hotel di seluruh Negeri, Institut-institut Pengajian Tinggi, kolej-kolej Masakan, Universiti tempatan, pihak Kemas Malaysia dan pengusaha Restoran- restoran dan orang-orang perseorangan/individu untuk turut serta dalam pertandingan masak lemak cili api dan juga menyertai pertandingan kuih tradisional.

Kami selaku pihak penganjur mengalu-alukan peryertaan daripada anda tidak kira bangsa dan agama yang ada dalam Malaysia dan pihak-pihak penaja untuk turut bersama-sama membantu dan memeriahkan Fiesta Masakan Warisan Negeri Sembilan pada kali ini.


Anjuran:
Airman Even Management
Lot 2286,
Jalan Cheras,
Batu 9,
43200 Cheras,
Selangor.

Tel : 03-9075-7361
Fax: 03-9075-4361
HP1: 012-378-4167 (Liza)
HP2: 019-303-2533 Maria)



Dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson



Majalah Rasmi:
Mingguan Wanita


Penaja:
Kristal Garam Himalaya

0 comments:

Post a Comment

Fiesta Masakan Warisan Negeri Sembilan Copyright © 2009 Designed by Ipietoon for Bie Vector by DaPino. Shout by : Pitoe